JellyPages.com

19 September 2012

AQIQAH AMMAR YASIR



Post ini juga tentang majlis aqiqah juga. Sebenarnya job ini datang dengan tetiba jer, sepupu dsuci menjemput dsuci sekeluarga ke majlis aqiqah anak sulung beliau baby muhammad ammar yashir dan tiba-tiba sepupu dsuci beritahu dsuci bahawa beliau inginkan dsuci menjadi official photographer untuk majlis beliau. Apalagi dsuci terus setuju ler memandangkan dsuci tiada job pada hari majlis tersebut. Majlis berlangsung pada 16/9/2012 (Malaysia Day) di Taman Melewar Gombak.Majlis berlangsung selepas zohor. Dsuci sekeluarga sampai awal dirumahnya untuk prepare apa yang patut. Ramai saudara-mara dijemput untuk memeriahkan lagi majlis aqiqah ini. Selepas solat zohor majlis dimulakan dengan selawat Nabi Muhammad s.a.w. Setelah selesai berselawat, tetamu dijemput makan. 

Ok cerita tentang makanan pula, catering dari mak saudara dsuci juga. Kami berbisnes sedara mara gitu. Makanan nasi putih, lauk kambing kurma, ayam, daginng dan yang paling sedap ikan bakar yang femes.Macam-macam ikan ada. Kekenyangan dsuci makan..Selepas makan photoshoot baby ammar yasir diteruskan. Tetapi baby ammar yasir agak bad mood sedikit di hari majlis itu mungkin rimas, penat . Tahu-tahu ajelah baby kecil dikelilingi oleh ramai orang dan penat bermain dengan sedara mara. Ingin mengambil gambar model kecil memang harus bersabar dengan karenah-karenah baby. Selepas baby ammar dimandikan diberi susu barulah mood dia datang dan dsuci terus tidak membuang masa memetik camera sepantas yang boleh . Dapat juga gambar the best untuk diframekan setelah penat menunggu baby ammar yasir senyum...aduhai....Majlis bersurai jam 5.00 petang. 

Disini dsuci ingin ucapkan terima kasih kepada Puan Laila umi kepada baby ammar yasir sekeluarga kerana sudi menggunak servis dsuci photography sebagai official photographer di majlis aqiqah anak tersayang. Diharap gamba-gambar yang diambil oleh dsuci ini dapat menggembirakan Puan Laila sekeluarga . Semoga di lain majlis sudi-sudilah lagi untuk memilih dsuci photography sebagai official photographer lagi. Lihat gambar-gambar dibawah.























































*Sekiranya ingin melihat di facebook ini linknya http://www.facebook.com/pages/Dsuci-Photography/389024984455193. Jangan lupa like page kami...