Sebelum Chine New Year baru-baru ini, dsuci mendapat panggilan dari seorang rakan dsuci bertanyakan pakej persandingan. Setelah berbincang dan pihak pengantin setuju. Majlis Persandingan akan diadakan di Kelantan. Pada mulanya dsuci agak berat untuk bersetuju tetapi memandangkan family dsuci ingin balik kampung dan dsuci sendiri ingin balik kg juga, dsuci bersetuju untuk terima job ini. Kampung dsuci terletak di Pasir Mas Kelantan. Kira dekat la dari rumah dsuci ke kampung pengantin ini. Majlis Akad Nikah berlansung pada 9/2/2013 di masjid berdekatan dengan rumah pengantin perempuan di Kg Peringat Kota Bharu Kelantan. Majlis Persandingan keesokkannya iaitu 10/2/2013. Meriahla kalau kenduri di Kelantan. Orang-orang kampung bergotong royong semuanya. Tidak ambil pakej catering. Mau eratkan silaturrahim kata orang-orang tua. Panjang pulak ceritanya yerr, ok jom kita tengok gambar .
